Pada September tahun lalu, terdapat laporan mengenai kertas kajian mengenai penilaian semula port USB-C 2.1. Menerusi penilai tersebut, standard berkenaan dikatakan mampu memindahkan tenaga elektrik sehingga 240W.

Kini, kabel USB-C yang berkeupayaan menyokong tenaga elektrik sehingga 240W tersebut dilaporkan telah mula dijual oleh peniaga di Belanda, Club3D. Maklumat ini telah diketemukan menerusi laman Facebook rasmi peniaga berkenaan oleh Tom’s Hardware.

Terdapat tiga pilihan kabel berkenaan dengan dua daripadanya berkeupayaan memindahkan kuasa elektrik, data dan video pada kelajuan sehingga 40Gbps. Satu lagi jenis kabel berkenaan pula mampu memindahkan data pada kadar kelajuan 480Mbps, bersamaan kelajuan USB 2.0.

Pada kebiasaannya, kebanyakan kabel USB-C di pasaran pada ketika ini mampu mencapai sehingga 100W. Ia lebih dari cukup untuk mengecas telefon pintar, tablet dan laptop yang menyokong pengecasan 100W melalui USB-C.

Pun begitu, tidak banyak pengecas pihak ketiga yang mampu menawarkan kuasa pengecasan sehingga 240W sebagaimana kabel tersebut. Sama juga halnya dengan kabel USB-C 100W kerana ia bergantung pada sokongan yang mampu ditampung oleh pengecas dan juga peranti yang menggunakannya.

Tinggalkan komentar