Lanjutan dari pengumuman fon kepala nirwayar Apple AirPods Max malam tadi, turut diumumkan adalah aksesorinya iaitu kabel audio 3.5mm.

Kabel Lightning ke audio 3.5mm ini membolehkan fon kepala ini boleh disambungkan dengan bicu audio 3.5mm seperti fon kepala berwayar konvensional yang lain.

Kewujudan aksesori kabel audio ini sudah wujud sebelum pelancaran AirPods Max lagi. Ianya direka khusus untuk membolehkan fon kepala Beats Solo Pro bersambung ke peranti lain secara berwayar.

Kabel ini juga boleh digunakan pada iPhone dan iPad untuk disambungkan ke sistem speaker secara berwayar.

Harga yang ditawarkan untuk kabel Lightning ke audio 3.5mm ini dijual di Malaysia pada harga RM199.

Tinggalkan komentar