Buat julung kalinya dalam sejarah, Huawei telah berjaya mengatasi jumlah jualan telefon pintar Apple sekaligus menjadikannya jenama pengeluar telefon pintar kedua paling popular di seluruh dunia.
Berdasarkan statistik, syarikat pengeluar telefon pintar berpangkalan di China ini telah menjual lebih dari 54 juta unit telefon pintar sepanjang tempoh suku tahun kedua 2018, bersamaan 15.8 peratus penguasaan pasaran.
Menurut analisis IDC, antara penyumbang utama pencapaian Huawei ini adalah penambahan lebih banyak fungsi-fungsi premium dan canggih terhadap telefon-telefon pintar mercu keluarannya. Sebagai contoh, Huawei P20 Pro merupakan satu-satunya telefon pintar premium di pasaran yang menawarkan kamera utama dengan tetapan tiga lensa.
Jenama Huawei pada masa ini amat popular di rantau Asia dan Eropah. Tetapi tidak di Amerika Syarikat kerana didakwa mempunyai isu keselamatan dengan pihak berkuasa negara Uncle Sam berkenaan.
Sumber berita diperoleh dari IDC













