Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menamatkan pengeluaran slip fizikal bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bermula 1 Februari 2026.

Dalam pada masa yang sama, perkhidmatan mencetak slip cukai jalan di semua kiosk dan pejabat Pos Malaysia juga akan dihentikan pada tarikh yang sama .

Peralihan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendigitalan JPJ yang telah dimulakan sejak Februari 2023 untuk mengurangkan penggunaan pelekat tradisional dan slip kertas.

Di bawah sistem baharu ini, butiran cukai jalan kini disimpan secara digital sepenuhnya dan boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ untuk tujuan semakan oleh pihak penguat kuasa.

 

Walaupun tiada lagi pilihan fizikal bagi cukai jalan, pengguna masih diberi pilihan untuk mendapatkan kad fizikal bagi Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan bayaran yang telah ditetapkan.

Tinggalkan komentar