Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan mengenai pelaksanaan ujian memandu berautomasi, e-Testing di pusat-pusat latihan memandu di seluruh negara bermula April ini. Sistem berautomasi ini disasarkan mampu meningkatkan ketelusan dan keyakinan umum terhadap sistem elektronik.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Encik Zailani Hashim, proses ini melibatkan pegawai-pegawai memantau pelajar dari dalam bilik kawalan. Ini akan mengurangkan kebergantungan jumlah tenaga kerja yang tinggi dan seterusnya boleh digunakan untuk tujuan penguatkuasaan.

Hanya bahagian ujian trek akan dipertingkatkan sebagai e-Testing. Manakala kelas teori dan praktikal serta ujian jalan raya masih lagi kekal sama.eTesting JPJ Johor

Sistem ini juga masih lagi menggunakan enam ujian memandu fizikal seperti sekarang. Ia merangkumi mendaki bukit, meletakkan kenderaan dan pusingan tiga penjuru. Dalam pada masa yang sama, pelajar-pelajar juga akan mendapat keputusan ujian mereka dengan segera berbanding dalam tempoh dua minggu seperti sekarang.

Encik Zailani Hashim turut menjelaskan kesemua 232 buah sekolah memandu di seluruh negara boleh memohon e-Testing dari penyedia perkhidmatan yang dilantik. Sistem ini pertama kali telah diumumkan oleh JPJ pada tahun 2015 yang lalu dan telah melalui pelbagai sesi pengujian.

Tinggalkan komentar