Bercuti di Cameron Highland semasa cuti Tahun Baru China adalah pengalaman bercuti di dalam kereta. Hampir separuh masa percutian dihabiskan dengan hanya tersangkut di dalam kesesakan jalan raya.
Jem bukan sebab apa pun, sebab kenderaan terlalu banyak. Nak kata eksiden, sepanjang perjalanan aku pergi balik memang clear. Kalau ada eksiden, aku tak tau la apa jadi. Mungkin aku akan buat campfire kat tepi lebuhraya.
Di Cameron, sekarang ni takda la sejuk sangat walaupun pada suatu ketika dahulu pernah direkodkan suhu di tanah tinggi tersebut jatuh sehingga 7°C. Sekarang ni aku tak tau berapa sebab aku bukan orang yang jenis suka bawak termometer merata-rata. Pakai baju t-shirt sehelai pun dah memadai.
Lain halnya pada waktu malam, aku menggigil kesejukan akibat tidur di bilik tanpa berbaju seperti mana lazimnya aku tidur di rumah. Terkial-kial aku mencari sweater aku pada malam itu. Sejuk mengalahkan pasang air-cond.













tu la masa CNY hari tu sy duk diam ja dalam bilik sbb dah tau,kat luar sane knfirm jem gila.hehe
nk g cameron gak next 2 week 😀