Pengasas Amazon, Jeff Bezos akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Amazon pada suku ketiga tahun ini, menurut sebuah emel kepada kakitangan syarikatnya.
Pengumuman Bezos ini hadir selepas Amazon melaporkan pendapatan suku tahunan melebihi US$100 billion (~RM404.7 billion) – tertinggi di dalam sejarah.
Lelaki kedua terkaya di dunia ini seterusnya akan menjawat jawatan sebagai pengerusi eksekutif. Manakala Andy Jassy, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Web Services bakal menggantikan tempat sebagai CEO Amazon.
Berdasarkan emel yang dihantar kepada kakitangan Amazon, Jeff Bezos ada menyebut:
“As Exec Chair I will stay engaged in important Amazon initiatives but also have the time and energy I need to focus on the Day 1 Fund, the Bezos Earth Fund, Blue Origin, The Washington Post, and my other passions,
I’ve never had more energy, and this isn’t about retiring. I’m super passionate about the impact I think these organizations can have.”
Apa yang jelas sebagaimana yang telah diterangkan, perletakan jawatan beliau ini bukanlah bermaksud akan bersara terus dari urusan perniagaan. Jeff Bezos dilihat bakal terlibat di dalam lebih banyak urusan-urusan strategik dan hala tuju keseluruhan Amazon.