Permainan bola sepak elektronik Pro Evolution Soccer 2020 (PES 2020) telah menyenaraikan pasukan Johor Darul Ta’zim FC, juara enam kali berturut-turut Liga Super Malaysia ke dalam senarai pasukan-pasukan di dalam liganya.
Pasukan bola sepak dari selatan tanah air ini bakal disenaraikan sebagai salah satu pasukan yang bertanding di dalam AFC Champions League melalui siri terbaru permainan berkenaan yang bakal diterbitkan pada bulan hadapan.
Di dalam edisi 2019 yang lalu, JDT FC telah layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League selaku juara Liga Super Malaysia 2018.
Menurut portal JomGaming, ini merupakan kali pertama pasukan dari Malaysia dimasukkan ke dalam judul permainan bola sepak utama selepas kali terakhir dimasukkan ke dalam FIFA 98: Road To World Cup, 22 tahun dahulu. Ketika itu, seluruh pasukan di dalam Liga Perdana bersama-sama skuad kebangsaan dimasukkan ke dalam FIFA 98. Sebelum itu pasukan-pasukan dari Malaysia juga pernah di masukkan ke dalam FIFA 97 dan FIFA 96.
Sumber berita diperoleh dari Konami, melalui JomGaming