Sebuah jawatankuasa khas untuk mengenalpasti kawasan yang bermasalah liputan internet yang lemah atau langsung tiada akses ditubuhkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama-sama TM.

Keadaan ini telah mengganggu pelaksanaan proses Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di sesetengah kawasan. Para pelajar dan guru dikehendaki menggunakan akses internet dari rumah bagi meneruskan sesi pembelajaran untuk tahun ini.

Bagaimanapun, tidak semua pelajar dan guru menikmati akses internet yang baik di seluruh negara. Ada sesetengahnya terpaksa bersusah payah menempuh bukit bukau dan onak duri demi mendapatkan capaian internet yang lancar untuk mengikuti sesi kelas dalam talian.

Kawasan-kawasan terutamanya di luar bandar dan di pedalaman akan dikenal pasti oleh Jawatankuasa Khas ini untuk ditambah baik, dan dinaik taraf. Maklumat dari syarikat telekomunikasi juga akan diambil oleh Jawatankuasa Khas ini untuk tujuan mengenalpasti punca serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

Tinggalkan komentar