Menjelang acara tahunan pelancaran iPhone baharu pada September ini, desas-desus mengenainya kian rancak. Terkini terdapat khabar angin daripada Macrumors yang mengatakan iPhone 15 Pro Max mungkin akan dikenali sebagai iPhone 15 Ultra.

Khabar angin ini juga pertama kali pernah dinyatakan oleh Mark Gurman dari Bloomberg. Malah, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo serta Andrew O’Hara dari AppleInsider.com juga mengatakan perkara yang sama.

Penggunaan nama iPhone 15 Ultra kerapkali diperkatakan terutama selepas Apple Watch Ultra diperkenalkan pada tahun lalu.

Pun begitu hal ini masih lagi menjadi sekadar buah mulut sahaja memandangkan produk Apple lain juga digembar-gemburkan dengan perkara yang sama. Misalnya AirPods Max dikatakan mungkin akan dikenali sebagai AirPods Studio dengan visionOS pula akan dikenali sebagai xrOS.

Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi dari pihak Apple menjelang pelancaran rasmi iPhone baharu keluaran tahun yang dikatakan berlangsung pada bulan September ini.

Tinggalkan komentar