Apple dilihat bakal membuang satu lagi ciri pada iPhone keluarannya yang akan datang, siri iPhone 14, menurut pendapat yang dikeluarkan oleh Mark Gurman di Bloomberg. Beliau mengatakan Apple berhasrat untuk membuang slot kad SIM seawal tahun ini.

Ini bukanlah kali pertama kita mendengar Apple akan memperkenalkan iPhone dengan eSIM sepenuhnya. Sebahagian model iPhone 14 mungkin hadir tanpa slot kad SIM, namun ia agak mustahil memandangkan Gurman menyatakan ciri tersebut mungkin akan diperkenalkan pada siri ‘iPhone 15’ kelak.

Berikut adalah petikan dari artikel beliau di Bloomberg:

“Apple will give eSIM a bigger push this time around, with carriers preparing to steer users toward the digital, embedded SIM cards rather than physical ones,” Gurman wrote in his newsletter. “In fact, Apple has considered removing the physical SIM card slot altogether beginning either this year or next for some models.”

eSIM merupakan sejenis SIM digital yang tidak memerlukan kad SIM secara fizikal. Pengguna yang mengguna eSIM boleh mengaktifkan pelan selular masing-masing dari syarikat telekomunikasi.

Di Malaysia, keempat-empat syarikat telekomunikasi – Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile menawarkan perkhidmatan eSIM untuk telefon pintar yang menyokongnya. Bagaimanapun, kadar penggunaan di seluruh negara buat masa ini dikirakan sebagai agak rendah.

Tinggalkan komentar