iPhone baharu yang akan dilancarkan tidak berapa lama lagi, iPhone 13 dikatakan akan menawarkan gegelung pengecasan yang lebih besar berbanding siri iPhone 12. Ura-ura penambahbaikan ini dilaporkan oleh Max Weinbach.
Terdapat dua kemungkinan sebab mengapa penambahbaikan gegelung pengecasan ini disediakan. Antaranya bagi tujuan penambahbaikan pengurusan haba untuk membolehkan jumlah watt yang lebih besar digunakan. Makna kata, boleh digunakan untuk tujuan pengecasan pantas.
Terdapat juga kemungkinan lain bagi penggunaan gegelung yang lebih besar ini boleh digunakan bagi tujuan pengecasan nirwayar berbalik. Fungsi seperti ini sudah ditawarkan pada sesetengah telefon pintar Android.
Selain dari desas-desus mengenai gegelung pengecasan yang lebih besar, terdapat juga desas-desus mengenai magnet yang lebih kuat untuk MagSafe.