Capaian rangkaian internet yang bagus hari ini sudah menjadi satu keperluan yang amat penting di dalam kehidupan kita. Penggunaan internet juga amat penting di dalam soal pendidikan dan sekolah-sekolah di Malaysia bakal menerima naik taraf capaian ini pada tahun hadapan.

Di dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Menteri Pendidikan Encik Mohd Radzi bin Md Jidin menyatakan kelajuan internet di sekolah-sekolah iaitu di antara 30Mbps dan 100Mbps akan dinaik taraf kepada 100Mbps dan 800Mbps.

Naik taraf ini merupakan sebahagian usaha penambahbaikan rangkaian internet kerajaan MyGovNet yang sudah bermula sejak dari tahun 2019. Dijangkakan, naik taraf kelajuan internet bagi sekolah-sekolah bakal bermula sekitar tahun hadapan.

Menteri berkenaan turut memaklumkan sekolah-sekolah yang tiada liputan internet jalur lebar akan dihubungkan menerusi rangkaian VSAT. Kerja-kerja penambahbaikan ini akan dimulakan lebih awal iaitu pada Februari 2021 dan merupakan sebahagian daripada peruntukan Belanajawan 2021.

Gambar pengatas dari PKG Kunak

Tinggalkan komentar