Jarang untuk kita ketemukan set komputer lengkap yang sangat nipis sebagaimana nipisnya Intel Compute Card yang diperkenalkan pada CES 2017 yang berlangsung baru-baru ini. Sekali imbas, ia kelihatan sama seperti kad-kad ATM yang biasa kita gunakan.
Walaupun ianya sangat nipis, komputer ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Generasi Ketujuh Intel, Kaby Lake serta turut hadir dengan RAM, storan dan sambungan wireless.
Oleh kerana bentuknya yang terlalu nipis, tiada sebarang labuhan yang dapat ditempatkan padanya hinggakan USB-C pun tak tau celah mana nak letak. Ia hanya boleh dihidupkan jika dipasangkan pada slot peranti yang lebih besar seperti mana penggunaan kad pintar.
Cuma, apa yang tak best tentang Compute Card buat masa ini adalah ianya bukan untuk digunakan pada PC. Ia hanya terhad digunakan pada peranti-peranti seperti televisyen, monitor dan peranti-peranti pintar lain termasuk peti sejukĀ pintar. Lagipun, penggunaannya disasarkan terhadap pengguna komersial.
Harapnya, Intel pada masa terdekat ini akan dapat menjadikan komputer ini boleh dipasang pada PC, baik desktop mahupun laptop. Melalui pengenalan peranti-peranti modular ini, kerja-kerja menaiktaraf perkakasan yang sudah lapuk menjadi lebih mudah.
Dijangkakan, peranti ini akan dipasarkan sekitar pertengahan tahun ini. Intel kini sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Dell, HP, Lenovo dan Sharp bagi menyediakan slot untuk Compute Card pada peranti-peranti tertentu.
Sumber berita diperoleh dari Engadget














oooo…alkisahh… baru tauu… hihihi… tk atas perkongsian.. š