Intel telah mengumumkan pelanggan pertama untuk perniagaan Intel Foundry Services baharunya, Qualcomm, syarikat yang popular menghasilkan cip Snapdragon.
Qualcomm akan memulakan pengeluaran cipnya dari Intel pada tahun-tahun yang mendatang melalui proses pembuatan Intel 20A yang baharu.
Tiada garis masa pelaksanaan diumumkan bilakah cip Qualcomm buatan Intel ini akan hadir menemui pengguna atau bilakah pengeluarannya dimulakan.
Selain itu, Amazon AWS juga akan bekerjasama dengan Intel Foundry Services untuk penyelesaian pembungkusan dari Intel. Cuma bukan untuk membuatkan cip khusus untuk Amazon.
Qualcomm akan bergantung pada nod teknologi baharu dari Intel iaitu Intel 20A yang dijadualkan akan bermula pada 2024. Intel 20A akan memperkenalkan senibina transistor baharu, RibbonFET, pertama dari Intel sejak 2011.













