Faktor bentuk revolusioner pada Galaxy Z Flip telah membawakan pelbagai pengalaman telefon pintar dalam bentuk boleh lipat. Seterusnya memberikan lebih banyak pilihan buat pengguna membuat ekspresi diri.
Melalui Galaxy Z Flip3 5G, Samsung membawakan anjakan baharu dalam perjalanan inovasinya. Ia sekali gus memberikan definisi baharu dalam peranti boleh lipat.
Z Flip3 direka khusus buat anda yang tidak takutkan perubahan. Terdapat empat warna pilihan yang bergaya disediakan iaitu Cream, Green, Lavender dan Phantom Black. Anda juga boleh menggayakan dengan aksesori yang dikhususkan oleh telefon Samsung baharu ini yang merangkumi rantai penyangkut dan pelbagai rekaan strap case.
Dalam pada masa yang sama, Samsung turut memperkenalkan pilihan warna yang eksklusif iaitu Gray, Pink dan White untuk disesuaikan dengan citarasa gaya anda.
Turut diperkenalkanĀ Cover Screen yang lebih empat kali ganda besar berbanding Z Flip sebelum ini. Paparan hadapan yang lebih besar ini memudahkan anda melihat mesej dan notifikasi pada kadar segera.
Paparan skrin utama dengan kadar penyegaran semula 120Hz juga membantu anda menikmati tontonan dan penggunaan yang lebih lancar sepanjang hari.
Dari swafoto bebas tangan hinggalah keĀ Quick Shot yang ditambah baik, Z Flip3 memberikan anda cara untuk menyimpan kenangan dan menyerlahkan jiwa peribadi anda.
Telefon Samsung Galaxy Z Flip3 ini juga diperkasakan dengan Armor Aluminium baharu dan kerintangan air IPX8 bagi menjadikannya tahan lebih lama.
Penafian: Advertorial daripada Samsung Malaysia













