Utama Android Samsung Imej Samsung Galaxy Z Fold 7 dikatakan telah muncul di Media Sosial

Imej Samsung Galaxy Z Fold 7 dikatakan telah muncul di Media Sosial

132
0

Sebuah imej yang didakwa sebagai Samsung Galaxy Z Fold 7 telah tertiris di X, menerusi pengguna yang bernama Piyush Bhasarkar. Berdasarkan imej yang dikongsikan, telefon pintar berkenaan kelihatan dilengkapkan dengan tiga kamera yang disusun secara menegak, mirip dengan model boleh lipat sekarang ini.

Turut dikongsikan, senarai ukurannya yang didakwa 158.4mm x 143.1mm, dan berketebalan 3.9mm. Sebelum ini terdapat ura-ura yang mendakwa telefon pintar boleh lipat terkini Samsung ini berketebalan 4.5mm apabila dilipat. Ia juga dikatakan akan mempunyai bezel yang nipis 1mm di sekeliling paparan dalamannya.

Laporan terkini pula mendakwa ia akan menampilkan plet belakang titanium dengan dan dijangka akan mempunyai kamera utama 200MP.

Samsung dijangka akan melancarkan Galaxy Z Fold 7 pada Julai ini bersama-sama Z Flip 7 yang turut tidak terkecuali dari diperkatakan desas-desus mengenainya. Salah satu daripadanya mendakwa ia akan didatangkan dengan pemprosesan Samsung Exynos 2500. Selain itu, paparan luarannya hadir dengan skrin penuh seperti yang ditunjukkan di dalam dokumen kemaskini firmware One UI 8 yang tertiris.

Tinggalkan komentar