Huawei menerusi sebuah laporan telah dikaitkan dengan pembangunan perisian pengecaman wajah yang membantu kerajaan China menjejak dan memantau kaum minoriti Muslim Uighur.
Laporan dari The Washington Post tersebut menyatakan terdapat video dan dokumen yang boleh diketemukan menerusi carian Google. Apa yang mengejutkan adalah perincian mengenai pembangunan perisian “Uighur Alarm” dengan bantuan syarikat rintis China, Megvii. Syarikat tersebut mempunyai kepakaran di dalam pembangunan perisian pengecaman wajah.
Dakan masay yang sama, pihak yang melaporkan perkara ini iaitu The Washington Post dan IPVM dikatakan yakin dengan ketulenan dokumen tersebut.
Perisian “Uighur Alarm” ini dilaporkan berfungsi menggunakan kepintaran buatan (A.I) bagi mengenalpasti sama ada individu-individu yang dijejaki sebagai Uighur atau tidak. Perisian ini seterusnya akan menandakan individu tersebut dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa China dengan seterusnya berkemungkinan untuk ditahan.
Sejurus laporan dari The Washington Post tersebut diterbitkan, jurucakap Huawei memaklumkan kepada The Washington Post bahawa teknologi ini masih lagi diperingkat pengujian dan belum lagi digunakan di dunia sebenar.
Uighur adalah kaum minoriti Muslim yang tinggal di wilayah barat laut China dan seringkali menjadi mangsa penindasan kerajaan Parti Komunis China.













