Huawei beberapa minggu lalu telah mendedahkan akan memasarkan telefon pintar baru, Huawei Nova 7i ke Malaysia. Dikenali sebagai Nova 6 SE di China, telefon pintar ini akan dilancarkan pada 14 Februari ini.

Telefon pintar terbaru Huawei ini bakal dijual pada harga bermula dari RM 1,099 dan pra-tempahan akan dibuka dari 14 Februari 2020 sehingga 21 Februari 2020. Pelanggan yang membuat pra-tempahan juga layak menerima barangan percuma berupa Huawei Band 4.

Dilengkapkan dengan cipset keluaran Huawei sendiri iaitu Kirin 810, Huawei Nova 7i menyediakan paparan LTPS 6.4-inci Full HD+ LTPS yang turut menyertakan kamera swafoto 16MP f/2.0 di hadapannya. Kamera utamanya pula menyediakan sebuah lensa 48MP berserta lensa bersudut luas 8MP, lensa makro 2MP dan lensa ruang berkedalaman 2MP.

Melengkapkan spesifikasi umumnya, sebuah bateri berkapasiti 4,200 mAh yang menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W. Melalui teknologi pengecasan pantas ini, telefon pintar ini mampu mencapai kapasiti baterinya sehingga paras 70% dalam tempoh 30 minit.

Pra-tempahan Huawei Nova 7i bakal dibuka di Kedai Dalam Talian Huawei bermula 14 Februari 2020.

Tinggalkan komentar