Huawei bakal melancarkan tiga model telefon baru iaitu Nova 7, Nova 7 Pro dan Nova 7 SE pada 23 April ini. Sungguhpun pelancarannya akan datang tidak berapa lama lagi, spesifikasi dan rekaan bagi Nova 7 SE telah pun tertiris di internet.
Berdasarkan dari video amali yang tertiris, Huawei Nova 7 SE akan menampilkan paparan 6.6-inci berpenebuk lubang yang menempatkan kamera pada penjuru atas sebelah kiri.
Telefon pintar ini menggunakan cipset Kirin 820 5G dengan RAM 8GB dengan dua pilihan storan – 128GB dan 256GB.
Di belakangnya pula kita akan mendapati sebuah kamera dengan tetapan kuad-kamera. Maklumat yang tertiris menerusi Weibo menyatakan kamera Nova 7 SE turut menyertakan sebuah lensa 64MP di dalam modulnya.
Hadir bateri berkapasiti 4,000mAh, telefon pintar ini dijangka akan menyokong pengecasan pantas 40W. Nova 7 SE menggunakan antara muka EMUI 10.1 selain menawarkan warna-warna pilihan iaitu Hitam, Hijau, Putih dan Ungu.













