Huawei baru-baru ini telah mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar Nova 5 dan Nova 5i akan dijadualkan berlangsung pada 21 Jun.
Sebuah video pendek mengenainya telah dikongsikan melalui platform media sosial Weibo dengan turut menampilkan kumpulan artis lelaki dari China TFBoys akan terlibat di dalam majlis pelancaran berkenaan. Di samping itu, peraduan untuk memenangi tiket menghadiri majlis berkenaan secara percuma turut dibuka khas untuk peminat-peminat Huawei.
Huawei Nova 5 dijangkakan bakal didatangkan dengan paparan AMOLED 6.39-inci, chipset Kirin 980, bateri berkapasiti 4,200mAh dan kamera utama 48MP. Terbaru, telefon pintar ini turut dilaporkan akan dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam paparan dan mungkin dilengkapi dengan RAM sehingga 8GB. Desas-desus turut mengatakan bahawa Nova 5 mungkin akan datang dengan tetapan kuad-kamera di belakangnya, dan baterinya yang menyokong pengecasan pantas 44W.
Sementara itu, spesifikasi Nova 5i telah diluluskan oleh TENAA dan dipaparkan pada laman web rasminya. Ia dinyatakan mempunyai skrin paparan LCD 6.4-inci yang menyokong resolusi FHD + serta menempatkan pemprosesan Kirin 710 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia juga disediakan dengan konfigurasi quad-kamera dengan kamera utama 24MP + 8MP + dua lensa 2MP, bersama-sama bateri berkapasiti 3,900mAh. Di bahagian depannya pula, Nova 5i menempatkan kamera swafoto 24MP. Berdasarkan spesifikasi tersebut, dijangkakan Nova 5 menawarkan spesifikasi yang tidak jauh bezanya dengan Nova 5i.
Sumber berita diperoleh dari DroidShout














