Huawei P30 bakal dilancarkan secara rasminya pada 26 Mac 2019 di Paris, Perancis menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Huawei Malaysia.

Berdasarkan video acah yang diterbitkan melalui Twitter rasmi Huawei, telefon pintar berkenaan dijangka menawarkan fungsi sokongan zoom tanpa menjejaskan kualiti kejelasan imej yang ditangkap.

Pada tahun lepas, Huawei turut melancarkan telefon pintar mercunya Huawei P20 di Paris, Perancis juga.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar