Hotlink kini menawarkan dua kali ganda nilai Steam Credit pada setiap pembelian satu kod Steam Wallet. Tawaran menarik ini bakal menarik minat para pemain-pemain game untuk melakukan pembelian Steam Credit melalui Hotlink bersempena Holiday Sale Steam yang bakal berakhir 4 Januari 2016.

Terlebih dahulu, pengguna harus diingat bahawa promosi ini hanya sah digunakan oleh pengguna prabayar Hotlink aktif yang memiliki akaun permainan Hotlink. Bagi yang tidak menggunakan Hotlink, perkhidmatan ini masih boleh digunakan. Cuma bezanya, tawaran promosi ini tidak dapat diperolehi.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan kod Steam Wallet ini boleh melakukannya dengan melayari laman mPoints, isikan maklumat-maklumat penting dan seterusnya melakukan pembelian mengikut langkah-langkah yang diarahkan. Sebaik sahaja transaksi berjaya dilakukan, pengguna akan menerima dua kod Steam Wallet pada nilai yang sama di dalam satu emel.

Bagaimanapun, pembelian dengan nilai berganda ini cuma terhad untuk setiap satu denominasi kod Steam Wallet sahaja. Misalnya, bagi pembelian denominasi RM 8, pengguna hanya layak mendapat pembelian berganda sekali sahaja dan jika pengguna ingin mendapatkan pembelian dengan nilai berganda kod Steam Wallet, pengguna perlu membuat pembelian pada denominasi-denominasi lain seperti RM 16, RM 24, RM 48, dan RM 80 melalui isian semula Hotlink.Hotlink Steam Wallet-2

Promosi ini bermula dari 26 Januari 2015 dan akan tamat pada 3 Januari 2016.

-Sumber berita diperoleh dari Hotlink

1 komen

Tinggalkan komentar