Maxis telah memperkenalkan pelan prabayar baharu yang dikenali sebagai Hotlink Prepaid Pantas dengan tempoh sah penggunaan data selama setahun. Pelan baharu ini menggantikan pelan Prabayar Hotlink Internet 365 yang menawarkan tempoh sah yang sama dengan sedikit perubahan.

Untuk memastikan kad SIM anda aktif, pengguna di bawah Internet 365 perlu membuat isian semula minima RM5 setiap 60 hari.

Berbeza dengan Hotlink Prepaid Pantas baharu ini, pengguna perlu membuat isian semula minima RM10 dalam tempoh 30 hari. Selain dari itu, kesemua pas Internet yang dibeli didatangkan dengan tempoh sah selama 365 hari.

Hotlink Prepaid Pantas kini menawarkan data berkelajuan tinggi sebanyak 20GB untuk RM30. Data berkelajuan tinggi ini turut ditawarkan pada kapasiti yang lebih rendah iaitu 8GB pada RM15, 5GB pada RM10, 2GB pada RM4 dan 1GB pada RM2. Bagaimanapun, jika kuota data berkelajuan tinggi anda habis, internet asas berkelajuan rendah tidak akan disediakan.

Sebagai perbandingan, pelan Internet 365 sebelum ini hadir dengan data 10GB untuk RM20, 4GB untuk RM10, dan 2GB untuk RM6. Sama seperti pelan sebelum ini, Hotlink Prepaid Pantas juga didatangkan dengan pilihan tempoh sah penggunaan SIM selama setahun pada harga RM30.Hotlin

Pek permulaan Hotlink Prepaid Pantas bernilai RM10 dengan kredit RM5. Pengguna bagaimanapun perlu membeli pas internet secara berasingan. Maxis juga menawarkan pek SIM bunlde pada harga RM25 yang hadir dengan kredit RM2 dan data sebanyak 10GB. Kadar panggilan ditetapkan pada 15 sen setiap 30 saat dan 15 sen bagi SMS ke talian tempatan.

Anda boleh mendapatkan pek SIM Hotlink Prepaid Pantas ini menerusi:

Tinggalkan komentar