Selain Maxis yang menawarkan naik taraf kekal kuota data untuk pelan pascabayarnya, Hotlink turut sama menawarkan kelebihan yang sama untuk pelan Pascabayar 45, 60 dan 70.

Walaupun tidak menerima naik taraf data tanpa had seperti pada pelan pascabayar Maxis, Hotlink menawarkan penambahan kuota bagi pelan-pelan pascabayar pada kadar yang sewajarnya.

Pelan Pascabayar 45 sebelum ini menawarkan kuota data sebanyak 30GB dengan tambahan 30GB khas untuk data 5G sahaja, kini ditingkatkan kepada 50GB untuk data 4G/5G dan 50GB khas untuk data 5G sahaja.

Begitu juga dengan Pascabayar 60 dan 75 yang masing-masing meningkat daripada 50GB dan 70GB kepada 100GB dan 150GB dengan jumlah yang sama untuk kuota data 5G sahaja.

Sama seperti pelan pascabayar Maxis, Hotlink menyatakan perubahan ini akan ditawarkan kepada pelanggan sedia ada bermula dari 9 Oktober sehingga 5 November 2024. Menerusi halaman soalan-soalan lazimnya pula, dinyatakan para pelanggan akan menerima naik taraf tersebut sebelum 24 Oktober.

Tinggalkan komentar