Hotlink telah memperkenalkan pelan terbarunya ke dalam perkhidmatan prabayar data mudah alihnya. RED Pass menawarkan penggunaan data sehingga 46GB dalam tempoh sebulan. Walaubagaimanapun, pengguna tidak mendapatkan kesemua data-data berkenaan sekaligus dan ianya hanya tersedia di dalam tempoh-tempoh tertentu.
Secara asasnya, pelan berkenaan menetapkan RM60 untuk penggunaan data sebanyak 8GB dalam tempoh sebulan. Bersama-sama itu, turut hadir tawaran data 30GB Hotlink Happy Hour, serta tambahan data hujung minggu 8GB. Data hujung minggu hanya boleh digunakan melalui sambungan 4G melalui pelan Hotlink FAST.
Ikut teori atas kertas, kesemua ini menjadikan jumlah penggunaan data sebulan adalah 46GB. Tetapi, bagi anda yang pernah menggunakan prabayar Hotlink ini, anda sendiri pun tahu 30GB Happy Hour tu, tidaklah seronok sangat bila kita ingin menggunakannya.
Pun begitu, pelan data ini turut menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian.
Selain itu, Hotlink turut menawarkan dua lagi pelan prabayar data mudah alih melalui pelan bulanan pada RM45 dan RM35. Bagi kedua-dua pelan data mudah alih berkenaan, masing-masing menawarkan data sehingga 8GB dan 5GB. Kedua-dua pelan ini tidak menyediakan panggilan percuma dan ia hanya menawarkan Happy Hour 30GB.
Pengguna juga ditawarkan penggunaan data berdasarkan mingguan mengikut pelan RM10, RM 8 dan RM5. Masing-masing menawarkan penggunaan data mingguan 1GB, 600MB dan 300MB. Tidak ketinggalan, Hotlink masih lagi menawarkan pelan data harian, RM3 untuk 1GB selama satu hari.
Sebagai maklumat tambahan, pas Happy Hour membolehkan pelanggan mengakses data tambahan sebanyak 1GB setiap hari dalam tempoh sejam sahaja.
Layari Hotlink untuk maklumat lanjut













