HONOR Penang telah membuat pengumuman mengejut mengenai harga telefon pintar baharu HONOR X6c di pasaran tempatan. Berada di bawah X7c, telefon pintar baharu ini merupakan penawaran paling murah di kalangan siri X dengan mengekalkan ciri tahan lasak dan baterinya yang besar.

HONOR X6c menampilkan paparan LCD 6.61-inci 720p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,010 nits. Di dalamnya pula disediakan pemprosesan peringkat pemula MediaTek Helio G81 Ultra yang bergandingan RAM 8GB dan storan 256GB. Ia didatangkan degan ciri kerintangan jatuhan sehingga 1.5 meter bersama-sama penarafan kerintangan debu dan air IP64.

Dari segi pengimejannya, telefon pintar ini menampilkan kamera utama 50MP, dan sensor berkedalaman dengan sebuah lagi kamera 5MP ditempatkan di bahagian hadapannya. Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,300mAh, telefon pintar berharga bajet ini juga menyokong pengecasan 35W.

Selain itu, ia juga dimuatkan dengan butang boleh disesuaikan pada sisinya yang boleh digunakan untuk melancarkan apa-apa arahan atau aplikasi.

Screenshot

HONOR X6c dijual pada harga RM599 dan kini boleh didapati di kedai jenamanya di Pulau Pinang. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada telefon pintar ini akan disenaraikan untuk jualan dalam talian.

Tinggalkan komentar