Bersempena acara pelancaran produk baharu musim luruh HONOR di China, HONOR telah memperkenalkan telefon pintar baharunya, HONOR X40. Ia didatangkan dengan skrin melengkung OLED dan bateri yang tahan lama dengan badan yang ringan.

HONOR Malaysia juga telah mengesahkan akan memperkenalkan HONOR X40 versi yang lebih tinggi spesifikasinya dan akan dilancarkan di Malaysia selepas ia dinamakan semula.

Paparan HONOR X40 menampilkan skrin melengkung OLED 6.67-inci dengan sejumlah 1.07 billion warna dan kadar penyegaran semula 120Hz. Selain menawarkan sokongan peringkat perkakasan dengan persijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland, paparannya ini juga dilengkapkan dengan pemalapan PW berfrekuensi tinggi 1920Hz yang mampu mengurangkan kerosakan kerdipan di dalam keadaan gelap.

HONOR juga dikatakan menawarkan penyelesaian masalah penggunaan skrin melengkung secara perisian dan perkakasan yang mengurangkan kesilapan sentuhan dan juga keroskan. Algoritma pencegahan tersilap sentuh AI yang disediakannya mampu menghalang skrin dari memberikan respon jika pengguna menyentuh bucu skrin.

Kualiti premium turut ditawarkan melalui cover skrin kaca terbaja 0.65mm yang mempunyai kerintangan jatuhan yang lebih kuat. Ia melepasi 33 ujian kelasakan seperti ujian jatuhan di atas konkrit, dan juga jubin.

Telefon pintar ini juga dinamakan sebagai “ringan dengan bateri tahan lama,” kerana menampilkan bateri berkapasiti 5,100mAh sungguhpun hanya berketebalan 7.9mm. Menurut HONOR, ia merupakan telefon pintar paling nipis dengan bateri berkapasiti lebih 5,000mAh di pasaran pada ketika ini.

HONOR X40 disahkan akan dilancarkan di pasaran tempatan selepas penamaan semulanya. HONOR Malaysia juga membawakan versi yang lebih tinggi spesifikasinya dan ia dijangka mampu menjadi telefon pintar pilihan berkualiti premium pada harga mesra bajet.

HONOR X6 ke Malaysia 7 Oktober ini

Selain akan membawakan HONOR X40, HONOR Malaysia juga memaklumkan akan melancarkan telefon pintar HONOR X6 di Malaysia pada 7 Oktober ini. Telefon pintar peringkat pemula ini hadir dengan storan 128GB.

Sebelum ini HONOR pernah melancarkan siri HONOR X9, siri HONOR X8 dan siri HONOR X7 ke pasaran Malaysia. Melalui HONOR X6, ia bakal menjadi siri terbaru di dalam keluarga X ini.

Berbanding telefon pintar peringkat pemula yang di pasaran pada ketika ini, HONOR X6 dikatakan menawarkan kapasiti storan yang agak besar iaitu 128GB. Dijangkakan telefon pintar ini bakal menjadi salah satu telefon pintar peringkat pemula pilihan ramai yang berpadanan dengan harganya.

Tinggalkan komentar