Utama Android Honor HONOR Magic4 Pro tiba di Malaysia Hari Ini, Berharga RM3,999

HONOR Magic4 Pro tiba di Malaysia Hari Ini, Berharga RM3,999

645
0

HONOR Malaysia hari ini telah mengumumkan ‘The Power of Magic’, revolusi peranti baru dengan teknologi canggih yang mencapai kejayaan baharu dalam rekaan, paparan, fotografi, videografi, prestasi dan privasi telefon pintar.

CEO HONOR Malaysia, Justin Li turut mengumumkan semua peranti hadir dengan Google Mobile Services.

Menampilkan rekaan premium, HONOR Magic4 boleh didapati dalam tiga warna, iaitu  Cyan, Gold dan Black. Selain itu, HONOR Earbuds 3 Pro dan HONOR Watch GS 3 juga diperkenalkan kepada pengguna untuk menikmati gaya hidup pintar.

HONOR Magic4 Pro ditawarkan pada harga RM3,999 (8+256GB). Dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,656 termasuk HONOR Watch GS 3 bernilai RM999, case HONOR Magic4 Pro, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 6 bulan apabila anda membuat pra-tempah sebelum 10 Jun 2022.

Rekaan Simetrikal dengan Paparan Quad Lengkung

HONOR Magic4 Pro menampilkan “Eye of Muse” yang ikonik, dengan rekaan simetrikal, Paparan Quad Lengkung LTPO generasi ketiga 6.81 inci dan bezel ultra nipis untuk memberi pemandangan yang mengasyikkan dan genggaman yang selesa. Bukan sekadar skrin biasa, paparan HONOR Magic4 Pro mempunyai HDR 10+ dan pengiktirafan IMAX ENHANCED, 1.07 bilion warna dan DCI-P3 warna gamut luas, membolehkan pengalaman yang lebih terang, sesuai untuk maratonton dan santai bermain game.

LTPO dengan 1920 Hz PWM Dimming Pertama Dunia: Teknologi Inovatif untuk Pemandangan Lebih Selamat

Tabiat menatap telefon pintar selama berjam-jam boleh menimbulkan masalah keletihan mata sehingga menyebabkan sakit kepala, penglihatan kabur dan mata kering. HONOR Magic4 dilengkapi dengan teknologi canggih paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming yang dapat mengurangkan perubahan kecerahan dan kelipan skrin secara automatik, terutamanya ketika dalam suasana gelap dan suram seperti dalam panggung wayang atau bilik tidur.

Terima kasih kepada paparan LTPO, HONOR Magic4 Pro menjimatkan bateri dengan mengadaptasi teknologi Motion-Sync yang menyelaraskan bingkai segar daripada 1HZ kepada 120Hz secara automatik mengikut suasana, sekaligus membantu penjimatan hayat bateri dan penggunaan bateri sepanjang hari.

Cip paparan MEMC dan teknologi Always On HDR mengubah kadar segar daripada 30fps kepada 60fps, mencapai peningkatan kualiti video daripada SDR kepada HDR. Firtur ini kini boleh digunakan di atas YouTube dan Netflix. Selepas diaktifkan, pengguna boleh menikmati kualiti video berdifinisi tinggi.

Zaman sekarang orang ramai sudah terbiasa dengan filem HD, kadang-kala ingin menonton filem lama seperti filem P.Ramlee dan Jackie Chan, pengalaman menonton terjejas kerana definisinya yang rendah. Terima kasih kepada HONOR Magic4 Pro, pengguna boleh memasang fungsi peningkatan kualiti video dan menikmati pengalaman menonton filem klasik yang lebih selesa dan HD. Disebabkan itu, HONOR Magic4 Pro memberikan penyelesaian kepada isu pemandangan dan masalah serta keresahan lain yang dihadapi pengguna telefon pintar.

Ciptaan HONOR Paling Dibanggakan dengan Fotografi Ultra Fusion Taraf Terbaik

HONOR Magic4 Pro meningkatkan lagi penanda aras industri dengan menampilkan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 122° 50MP, Kamera Telefoto Periskop 64MP, semuanya dikuasakan oleh Fotografi Ultra Fusion yang bertaraf terbaik, menghasilkan kejelasan imej yang mengagumkan.

Dengan kombinasi Kamera Lebar 50MP dan Kamera Lebar Ultra 50MP, imej boleh ditingkatkan sehingga 65% dalam ketajaman dan kejelasan, sekaligus menghasilkan visual yang terperinci. Zum Optikal 3.5x dan Zum Digital 100x menjadi lebih menarik terima kasih kepada Kamera Telefoto Periskop 64MP. Kelebihan ini pastinya dapat meningkatkan keyakinan penggemar fotografi ketika mengambil gambar.

Telefon Pintar dihasilkan untuk Videografi Filem

Dengan penawaran rakaman tahap sinematik, HONOR Magic4 Pro dilengkapi Magic-Log Movie Master dan dan AI Filem Effect, menjadikannya yang pertama dalam industri mempunyai rakaman video 10-bit  dalam 4K 60fps (bingkai per saat), membawa satu lagi penanda aras baru dalam industri.

Format Log iasanya digunakan untuk merakam filem tahap profesional, membolehkan pengguna mengeditkan video dengan tona warna sinematik dalam HDR. Dilengkapi dengan Cinematic 3D LUT (Look Up Table), HONOR Magic4 Pro dengan format Magic-Log membantu pengguna menyunting video dalam warna hue tinggi sesuai untuk filem, menghasilkan gaya warna dan suasana ala Hollywood mengikut cita rasa sendiri. Saat-saat menikmati hidangan cafe dan melihat anak-anak membesar kini dapat dirakam dengan lebih berkualiti.

Dwi-100W SuperCharge Pertama dalam Industri – Lupakan Masalah Kehabisan Bateri

Dikuasakan oleh bateri 4600mAh, HONOR SuperCharge memberikan jangka hayat bateri ultra dan perhubungan sepanjang hari. Dengan HONOR SuperCharge Wayar 100W, HONOR Magic4 Pro mampu mengecas sehingga100% dalam masa hanya 30 minit. Terima kasih kepada teknologi HONOR SuperCharge Tanpa Wayar 100W yang pertama digunakan dalam Magic4 Pro., mengecas sehingga 50% dalam masa 15 minit kini boleh direalisikan.

Panggilan Privasi: Membuatkan Perbualan Peribadi Lebih Privasi

Mahu merancang kejutan parti tetapi tidak mahu dicuri dengar perbualan anda dalam telefon? HONOR Magic4 sebagai “Telefon pintar yang terlalu hebat untuk dipercayai” menyelesaikan masalah ketirisan bunyi dengan fungsi AI Privacy Call. Dengan kedua-dua skrin dan speaker dilaraskan tepat ke telinga anda, tiada lagi pontensi ketirisan bunyi demi panggilan telefon yang lebih privasi.

HONOR melindungi privasi penggunanya melalui perisian dan perkakasan, Pembangunan Sistem Keselamatan Dual-TEE (HTEE+QTEE) oleh HONOR bersama Qualcomm di atas Pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G, menghasilkan tahap keselamatan yang dipertingkatkan. HONOR Magic4 Pro juga dilengkapi dengan cip keselamatan yang mennawarkan keselamatan maksimum untuk kata kunci dan biometrik seperti ID muka dan cap jari. Kamera 3D Depth HONOR Magic4 Pro memanfaatkan lagi pengecaman muka biometrik untuk keselamatan dan perlindungan tahap tinggi.

Prestasi Flagship Terunggul Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1

Dilengkapi dengan Pemproses Snapdragon 8 Gen 1 5G Qualcomm baharu, HONOR Magic4 Pro membawakan pengguna kuasa dan prestasi yang tiada tandingan. Disokong oleh leading Qualcomm 7th Gen AI Engine dan Cortex-X2 CPU Architecture, HONOR Magic4 Pro berbangga dengan kecepatan pemproses laju, pada masa sama mencapai keberkesanan tahap tinggi. Berbanding dengan keluaran terdahulu, HONOR Magic4 Pro meningkatkan lagi prestasi CPU dan GPU pada tahap masing-masing 20% dan 30%, dengan peningkatan 300% untuk keupayaan AI. Peminat boleh dijamin dengan prestasi telefon pintar yang lancar, dengan 8GB RAM dan penstoran 256 GB.

Menghasilkan prestasi flagship sebenar, HONOR Magic4 Pro – disokong oleh HONOR Turbo Engine – keupayaan cipset meningkatkan prestasi peranti. HONOR OS Turbo X turut memastikan perisian dan perkakasan sama-sama bergerak bagi memperbaiki kelancarannya, anti-penuaan dan penggunaan kuasa.

Pengalaman Lebih Peribadi dengan Magic UI 6.0

HONOR Magic4 Pro menampilkan HONOR Magic UI 6.0 terbaharu berasaskan Android 12, menawarkan pelbagai ciri-ciri yang boleh diubah suai dan dipertingkatkan untuk pengguna menjalani gaya hidup pintar.

Pengguna kini boleh menggunakan fungsi-fungsi pintar seperti split-screen, app twin, theme, private space dan banyak lagi dengan HONOR Magic4 Pro.

Kemas kini terbaharu ini juga akan dilancarkan pada semua peranti HONOR yang lain tidak lama lagi.

Sertai Anugerah HONOR Magic Moments 2022 dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM160,000

Anugerah HONOR Magic Moments 2022 mensasarkan untuk membina ruang bagi penggemar fotografi telefon pintar untuk menerokai dan berkongsi keindahan dunia melalui teknologi pengimejan telefon. Bermula pada 1 Jun hingga 25 Ogos 2022, HONOR Magic Moments Awards 2022 kini dibuka untuk penyertaan dengan tema “Discover the Hidden Beauty”.

Dengan 10 kategori yang ditawarkan, peserta digalakkan untuk menyerahkan hasil karya mereka ke laman sesawang rasmi sebelum 25 Ogos 2022. Pemenang akan dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada beberapa jurufoto terhebat dunia dan profesional dalam industri dengan hadiah bernilai sehingga RM160,000 termasuk HONOR Magic4 Pro yang baru dilancarkan. Tunggu apa lagi,  bermulalah rakaman anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR Magic Moments Awards 2022: https://www.hihonor.com/magic-moments-awards/my/terms/ 

Tinggalkan komentar