CEO HONOR Malaysia Justin Li dalam satu temu bual media baru-baru ini mendedahkan HONOR Magic4 Pro yang digelarkan sebagai ‘telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai’ akan dilancarkan di Malaysia pada awal Jun ini.
HONOR Magic4 Pro bakal menyelesaikan masalah pengguna menerusi teknologi tercanggihnya
Ketika ditanyakan mengenai kejayaan HONOR dalam produk premiumnya, Li berkata syarikat tersebut mahu menjadi jenama yang memberikan nilai kepada pengguna dan industry, bukan hanya mengeluarkan perkakas dan bersaing dalam mengukur parameter.
“Pengguna telefon pintar premium sentiasa tergesa-gesa untuk mengecas bateri peranti mereka, terdedah dengan ancaman keselamatan dan privasi, masalah ketegangan mata akibat melihat skrin terlalu lama dan juga keinginan untuk kamera berkualiti. Teknologi tercanggih dalam HONOR Magic4 Pro akan menyelesaikan semua masalah ini,” katanya.
Telefon pintar HONOR dilengkapi Google Mobile Services (GMS)
Dalam temu bual itu, Li berkata selepas menjadi syarikat bebas, HONOR memiliki penyelidikan dan pembangunan (R&D) canggih yang membolehkan kawalan kualiti produk dan sistem permohonan paten. Dengan ini, HONOR dapat membangunkan perniagaannya sambal bebas meneroka dan mengakses kemampuan teknikal dan sumber terbaik di dunia.
“HONOR meneruskan kerjasamanya dengan rakan pembekal rangkaian besar seperti AMD, BOE, Qualcomm, Magnesium, Microsoft, MediaTek, Hynix dan Samsung. Pada masa sama bekerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka untuk pembangunan yang lebih mendalam. Sebagai contoh, HONOR dan Microsoft AI dalam penyelidikan penyambungan dan juga dengan Snapdragon dalam kajian berkaitan bidang penyesuaian dan keselamatan cip,” katanya.
Menurut beliau, Google Mobile Services (GMS) merupakan komponen penting yang dinanti-nantikan oleh orang ramai dan HONOR telah mengesahkan kerjasamanya dengan Google.
“Oleh itu, setiap produk HONOR menyokong perkhidmatan GMS, membolehkan penggunaan dan mengemas kini aplikasi YouTube, WhatsApp, Google Maps dan banyak lagi. HONOR berjuang untuk menjadi ikon jenama teknologi dunia, dengan kerjasama kukuh antara Google dan HONOR untuk membangunkan ekosistem Android kepada tahap lebih jauh demi peminat di seluruh dunia,” katanya.
HONOR berterusan menaiktaraf keupayaanya dalam inovasi, kualiti produk dan pengalaman perkhidmatan
Li turut menyatakan bahawa HONOR telah berdaya saing dalam inovasi, kualiti, peruncitan dan perkhidmatan dalam pasaran premium. Lebih separuh daripada 11,000 tenaga kerja HONOR adalah ahli profesional dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang mengendalikan enam pusat R&D. Selain itu, syarikat ini mempunyai kira-kira 100 makmal inovasi di seluruh dunia dan lebih 8,500 permohonan patent global dalam membangunkan komponan berkaitan visual, komunikasi, ciri-ciri, rekaan, keselamatan privasi dan juga bateri dengan jangka hayat lebih lama.
“Pengguna dapat menikmati teknologi tercanggih tersebut menerusi HONOR Magic4 Pro,” ujar Li.
Pada masa sama, HONOR amat menitikberatkan tentang kualiti setiap telefon pintarnya dan perlu melepasi lebih 400 ujian produk serta tambahan 20 standard pensijilan global sebelum dipasarkan. HONOR bertegas tentang kawalan kualiti pada setiap proses dan pelancaran Taman Perindustrian Pembuatan Pintar pertama HONOR pada tahun lalu merupakan sebahagian daripada usahanya untuk mengejar impian sebagai pengeluar telefon pintar berkualiti tinggi di dunia.
Berhubung pelanggan pula, HONOR mengambil berat terhadap peruncitan dan perkhidmatan, terutamanya dengan kepentingan pengalaman luar talian di setiap era kehidupan pintar – dengan pelanggan melihat perjalanan sebuah jenama premium. Li turut mendedahkan HONOR mahu membuat pelaburan besar pada tahun 2022 dengan membida untuk menambah kedai HONOR sebanyak 300% dan pusat perkhidmatan sebanyak 110% untuk menambah baik pengalaman pembelian dan perkhidmatan pengalaman. HONOR berharap usaha ini akan memberi tanggapan yang sangat baik untuk jangka masa panjang.
HONOR Malaysia sasar untuk fokus di pasaran Malaysia dengan membawa masuk 20 produk pada tahun ini
Malaysia merupakan negara pilihan di luar China untuk melancarkan telefon pintar HONOR 50 pada awal tahun ini. Li menyatakan Malaysia juga salah sebuah negara utama dalam pelan pemasaran global HONOR dan syarikat itu sudah bersedia untuk ‘Go Beyond’ dengan memperkenalkan lebih 20 produk di pasaran Malaysia pada tahun ini.
Siri HONOR X memenuhi keperluan pengguna dalam telefon pintar, manakala Siri HONOR Magic membawa teknologi Flagship premium yang diingini oleh kebanyakan penggemar teknologi. Siri HONOR Number pula melambangkan teknologi kelas atasan HONOR. Ketiga-tiga siri tersebut akan menjadi tumpuan utama sebagai koleksi telefon pintar HONOR yang menarik perhatian.
Selain telefon pintar, HONOR Malaysia turut dijangka memasarkan HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3 Pro yang sebelum ini diperkenalkan di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022. Peranti-peranti baharu tersebut menandakan pendekatan HONOR dalam mengadaptasi teknologinya untuk senario serba lengkap termasuk komputer riba, fon telinga wayarlas TWS dan jam pintar.













