Selepas pelancaran rasmi HONOR 200 Lite, dijangkakan sekurang-kurangnya dua lagi model telefon pintar dari siri tersebut akan diperkenalkan dengan spesifikasi yang lebih premium. Kini, imej pengolokan dari model tertinggi siri tersebut HONOR 200 Pro dilaporkan telah tertiris.

Berdasarkan imej tersebut, HONOR 200 Pro dilihat meneruskan ciri rekabentuk HONOR 100 Pro yang dilancarkan pada tahun lepas yang menampilkan rekaan permukaan belakang dwi-tona dengan kaca dan kemasan faux-kulit.

Ruangan berbentuk bujur menempatkan tri-kameranya pula kelihatan menempatkan sebuah kamera berperiskop bersama-sama label zum 50X. Kamera utamanya dijangka akan menampilkan sensor 50MP dan apertur boleh laras f/1.9-2.4.

HONOR 200 Pro dikhabarkan akan dilancarkan dengan Snapdragon 8 Gen 3, manakala HONOR 200 pula dijangka akan menggunakan pemprosesan Snapdragon 8s Gen 3. Kedua-duanya juga dikatakan akan membawakan skrin OLED kuad-lengkung beresolusi 1.5K dan dwi-kamera swafoto yagn ditempatkan pada bahagian hadapannya. HONOR dijangka akan mengumumkan peranti baharu dari siri HONOR 200 ini di China dalam bulan ini.

Tinggalkan komentar