Nintendo dan Sony pernah menjalinkan usahasama untuk pembangunan konsol pada tahun 1991. Walaupun kerjasama yang terjalin pada tempoh yang amat singkat, ia telah banyak mengubah senario permainan konsol di seluruh dunia terutamanya yang dibawa oleh Sony.

Prototaip yang dihasilkan oleh Nintendo dan Sony ini muncul jauh lebih awal dari kemunculan Sony PlayStation. Ia dinamakan sebagai Play Station juga, cuma beza nama tersebut pada ejaan suku katanya yang berjarak dan tidak. Kemunculan Sony dengan PlayStation kemudiannya telah menandakan bermulanya era persaingan sengit antara kedua-dua firma ini dalam mendapatkan tempat sebagai konsol permainan video paling popular.

Dulu, semasa Pameran Elektronik Pengguna (Consumer Electronic Show, CES) 1991, Nintendo telah membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama dengan syarikat elektronik berpangkalan di Eropah, Philips untuk menghasilkan permainan konsol berasaskan CD-ROM. Pengumuman ini mengejutkan ramai pihak terutamanya Sony yang tentu sekali terkejut beruk dengan kecurangan yang telah dilakukan oleh Nintendo.

Nak jadi cerita, Sony pada asalnya menjalinkan usahasama dengan Nintendo untuk menghasilkan konsol permainan video yang mampu menyokong slot katrij SNES dan juga pemacu CD. Ini memberikan kelebihan kepada para pembangun permainan video untuk memilih dua jenis format. Tapi, entah apa macam mana, Nintendo tidak bersetuju dengan kontraknya bersama Sony dan memutuskan hubungan dengan syarikat tanah tumpah sendiri, Jepun, sebelum meneruskannya dengan Philips.

Sony NintendoSony Nintendo2Sony masih lagi bertekad menguatkan azam meneruskan idea tersebut dan hingga akhirnya telah berjaya menghasilkan Sony PlayStation yang seterusnya telah terjual sebanyak 100 juta unit. Manakala Nintendo pula, setelah menjalinkan hubungan dengan Philips, telah berjaya menghasilkan Philips CD-i. Bezanya, produk usahasama Philips dan Nintendo ini hanya mampu terjual sekitar 1 juta unit diseluruh dunia sebelum ianya bungkus tak diterima oleh kebanyakan pengguna.Sony Nintendo3Sony Nintendo4

Bagaimanapun, untuk segmen konsol permainan mudah alih, Nintendo masih lagi mengungguli dengan barisan model dan judul permainan Nintendo 3DS. Berbeza dengan konsol mudah alih Sony, PlayStation Portable Vita, ia tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna mahupun pembangun walaupun dilengkapi dengan spesifikasi yang tinggi.Sony Nintendo5Sony Nintendo6Sony Nintendo7

Jika Nintendo tidak memutuskan perhubungannya dengan Sony, mungkin Nintendo mampu merajai kedua-dua segmen pasaran konsol permainan.

Sumber berita diperoleh dari ArsTechnica

1 komen

Tinggalkan komentar