Utama Mobile Android Harga Oppo A3s (RAM 2GB + ROM 16GB) turun kepada RM499 bermula...

Harga Oppo A3s (RAM 2GB + ROM 16GB) turun kepada RM499 bermula dari 14 Februari

1860
0

Oppo Malaysia telah mengemaskini harga terbaru bagi telefon pintar Oppo A3s variasi RAM 2GB dan storan dalaman 16GB kepada RM499 bermula dari 14 Februari 2019. Telefon pintar berspesifikasi pertengahan ini telah dilancarkan pada Julai 2018 yang lalu.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menyediakan paparan skrin bersaiz 6.2-inci HD+ bertakuk. Untuk kuasa pemprosesannya pula, ia menggunakan cipset Snapdragon 450.

Kamera utama Oppo A3s menampilkan konfigurasi dwi-kamera dengan tetapan 13MP + 2MP. Manakala untuk kamera swafotonya pula, telefon pintar ini menyediakan satu lensa 8-megapixel yang ditempatkan pada bahagian bertakuk di skrin hadapan. Tidak ketinggalan telefon pintar ini turut dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4230mAh.

Telefon pintar dari Oppo ini boleh didapati dengan dua pilihan warna, Red dan Dark Purple. Pembelian boleh dilakukan di mana-mana wakil jualan yang sah dan secara atas talian melalui portal rasmi Oppo, Lazada dan Shopee.

Tinggalkan komentar