Harga unit pemprosesan grafik (GPU) dijangka akan meningkat di pasaran tidak lama lagi, terutamanya di pasaran Amerika Syarikat. Ini adalah kerana pelepasan cukai yang ditetapkan oleh Perwakilan Perdagangan AS (US Trade Representative, USTR) terhadap barangan buatan China akan tamat pada 31 Disember ini.
Jika USTR tidak memutuskan untuk memperbaharui pelepasan itu, harga GPU dan barangan elektronik lain dijangka meningkat sehingga 25%. Setakat ini, agensi kerajaan Amerika Syarikat berkenaan masih lagi belum menyatakan pendirian mengenai isu tersebut.
Beberapa pengeluar seperti NVIDIA dilihat sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Antara tindakan yang telah diambil termasuklah memindahkan pusat logistiknya dari Hong Kong ke Taiwan baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana Jabatan Kastam AS memberikan mengklasifikasikan Hong Kong dalam isu ini.













