Samsung secara rasminya telah mengumumkan Galaxy S10 Lite dan Note10 Lite bakal hadir ke pasaran Malayia pada 7 Februari 2020. Selain itu, pembeli yang berminat juga boleh membuat pra-tempahan telefon pintar mercu terbaru Samsung ini pada hari Isnin, bersamaan 3 Februari sehingga 7 Februari minggu depan.

Harga yang ditawarkan untuk Samsung Galaxy S10 Lite boleh didapati bermula dari RM 2,699. Manakala Galaxy Note10 Lite pula ditetapkan pada harga bermula dari RM 2,299. Versi kedua-dua model yang hadir ke pasaran Malaysia ini ditawarkan dengan konfigurasi standard RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

Pembeli yang membuat pra-tempahan antara yang terawal juga berpeluang menerima peranti boleh pakai Galaxy Fit – bernilai RM 369 secara percuma. Pra-tempahan akan mula di buka melalui laman rasmi Samsung ini bermula dari 3 Februari.

Layari laman web rasmi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar