GXBank baru-baru ini telah mengumumkan untuk memperkenalkan kad debitnya, (GX Card) pada Januari tahun hadpaan. Bagaimanapun, pihak bank berkenaan tidak menyatakan sama ada versi fizikal dan digital akan dilancarkan pada masa yang sama.
Kad debit dari GX Bank kelak akan dilancarkan melalui kerjasama dengan Mastercard. Kelebihan menggunakan kad tersebut termasuklah pulangan tunai 1% tanpa had, tanpa yuran transaksi luar negara, pengecualian bayaran RM1 untuk pengeluaran di lebih dari 100,000 mesin ATM MEPS di seluruh negara, dan mata ganjaran GrabRewards 1.5x apabila berbelanja di kedai Jaya Grocer di seluruh negara.
Pengeluaran tunai melalui ATM dan pembayaran secara PayWave hanya boleh dilakukan menggunakan GX Card fizikal. Bagaimanapun sokongan untuk pembayaran nirsentuh seperti Apple Pay, Google Pay dan Samsung Pay masih belum dinyatakan buat masa ini.
GXBank juga turut berkongsikan maklumat terperinci berkenaan kad debitnya menerusi laman webnya.

GXBank secara rasminya telah melancarkan aplikasi mudah alih dan perkhimdatan perbankannya pada bulan lepas. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Apple App Store, dan Google Play dan pendaftaran perkhimdatan perbankan tersebut dibuka kepada seluruh penduduk Malaysia.













