Utama Perkhidmatan Grab laksanakan teknologi Pengecaman Wajah ke dalam Aplikasinya

Grab laksanakan teknologi Pengecaman Wajah ke dalam Aplikasinya

1163
0

Syarikat perkhidmatan seru-pandu, Grab telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membawakan teknologi pengecaman wajah ke dalam aplikasinya untuk digunakan oleh para pelanggan. Pelaksanaan fungsi ini bertujuan meningkatkan tahap keselamatan para penumpang yang menggunakan perkhidmatannya.

Secara rasmi dikenali sebagai “Passenger Verification”, fungsi pengecaman wajah ini mengkehendaki pengguna mengambil swafoto untuk dihantar menerusi aplikasi berkenaan untuk identifikasi. Menurut Grab, teknologi yang digunakan mampu mengesan ketulenan foto wajah yang diambil dan mampu menolak sebarang imej yang tidak berkaitan.

Tambah Grab lagi, fungsi “Passenger Verification” ini sudah pun dimasukkan ke dalam perisian aplikasinya. Fungsi ini hanya diwajibkan untuk digunakan oleh pengguna Grab pertama kali sahaja. Pengguna-pengguna sedia ada tidak diwajibkan untuk melakukannya.

Imej swafoto yang diambil hanya diperlukan untuk sekali kegunaan sahaja sebagai verifikasi identiti. Pihak Grab turut menegaskan imej-imej berkenaan sama sekali tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai imej profail atau dikongsikan dengan pihak ketiga, pemandu mahupun peniaga.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar