Grab kini sedang menawarkan insentif sehingga RM800 bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi pemandu perkhidmatan seru-pandunya bermula dari Januari sehingga 31 Mac 2020.

Insentif ini merangkumi RM500 sebagai bonus pendaftaran, dan RM300 lagi sebagai bantuan untuk pemeriksaan kesihatan, latihan, ujian pemeriksaan kenderaan dan perlesenan.

Selain itu, Grab turut melancarkan sistem ganjaran GrabBenefits, sebuah program mercu bagi membantu komuniti pemandu Grab membuat simpanan dan berbelanja dengan berhemah.

Program ini merangkumi empat kategori iaitu: Rebat bahan api, penyelenggaraan kenderaan dan aksesori, kesihatan, gaya hidup dan pelancongan.

Melalui GrabBenefits, pemandu bakal ditawarkan dengan kemudahan dari pelbagai jenama seperti Petronas, Liqui Moly, Shell Advance, Qualitas Medical, Lourdes Medical, Digi, Mitsui, Chubb Insurance, Zakat (Wilayah Persekutuan dan Selangor), Kaodim, GrabFood, GrabRewards dan GrabPay. Program ini dapat diakses oleh pemandu melalui aplikasi Grab Driver.

Pemandu-pemandu Grab juga akan menerima sistem ganjaran berlapis melalui GrabBenefits yang berkongsi persamaan dengan sistem GrabRewards pada pengguna biasa.

Sistem ini mempunyai lapis yang terdiri dari Platinum, Gold, Silver, dan Member yang berasaskan jumlah trip yang diselesaikan, kadar pembatalan dan rating pemandu. Pemandu bertaraf Platinum akan mendapat akses khas ke GrabRewards dan kelebihan perlindungan peribadi GrabInsure.

Maklumat lanjut layari laman web rasmi Grab Malaysia.

Tinggalkan komentar