Grab Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penamatan pemberian GrabRewards Points untuk transaksi tunai. Berdasarkan kenyataan yang disampaikan melalui laman rasminya, pelaksanaan ini dilakukan selaras dengan usaha pihak kerajaan mempromosikan penggunaan e-dompet melalui program e-Tunai Rakyat.
Untuk makluman, GrabPay merupakan salah satu di antara tiga perkhidmatan e-dompet rasmi yang dipilih untuk program e-Tunai Rakyat. Bagi menarik minat lebih ramai pengguna untuk membuat tuntutan e-Tunai Rakyat RM30 melalui platformnya, Grab menawarkan pelbagai diskaun dan baucar tambahan yang bernilai sehingga RM2,970.
Pelaksanaan pembatalan GrabRewards untuk transaksi tunai ini akan mula berkuatkuasa pada 15 Mac 2020. Selepas tarikh berkenaan, hanya transaksi melibatkan e-dompet GrabPay yang merangkumi kad debit atau kredit layak untuk mendapatkan mata ganjaran GrabRewards.
Dalam perkembangan yang sama, Grab Malaysia turut memanjangkan promosi Bonus Mata Ganjaran Hujung Tahun GrabPay yang menawarkan 3 kali mata GrabRewards untuk transaksi GrabPay.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab Malaysia













