Selepas pelbagai desas-desus mengenainya berlegar di internet selama berbulan, telefon Google Pixel generasi ke-6 kini telah dilancarkan semalam.

Rekaan bagi Pixel 6 dan Pixel 6 Pro telah pun didedahkan kepada umum sejak Ogos lalu. Malah, pemprosesan yang digunakan olehnya, Google Tensor juga didedahkan ketika itu.

Pixel 6 Pro dilengkapkan dengan paparan OLED LTPO 6.7-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz. Untuk Pixel 6 pula, ia menyediakan paparan OLED 6.4-inci Full HD+ 90Hz.

Kedua-dua paparan tersebut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus yang turut digunakan pada belakang Pixel 6 Pro. Bagaimanapun, untuk bahagian belakang Pixel 6, ia menggunakan Gorilla Glass 6.

Selain itu juga, Pixel 6 Pro menampilkan RAM LPDDR5 12GB, manakala Pixel 6 mempunyai RAM LPDDR5 8GB. Kedua-duanya juga hadir dengan storan UFS 3.1. Dari segi kelasakan, telefon siri hadir dengan penarafan IP68 yang seterusnya memiliki kerintangan terhadap percikan air dan debu.

Dari segi fotografi, kedua-dua telefon memiliki kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 12MP bersama-sama sensor LDAF. Bagaimanapun, Pixel 6 Pro mempunyai kamera telefoto tambahan 48MP dengan zum optikal 4x. Ia juga mempunyai kamera swafoto lebih tinggi resolusi ,11.1MP berbanding Pixel 6 yang mempunyai sensor 8MP.

Kedua-duanya juga didatangkan dengan kapasiti bateri berbeza yang mana Pixel 6 Pro dilengkapkan dengan bateri lebih besar, 5,003mAh. Untuk Pixel 6 pula, kapasiti baterinya yang ditawarkan adalah 4,614mAh.

Harga bagi Pixel 6 Pro 128GB bernilai US$899 (~RM3,736) manakala bagi varian 256GB dan 512GB masing-masing berharga US$999 (~RM4,152) and US$1,099 (~RM4,567). Seterusnya, Pixel 6 128GB disenaraikan pada US$599 (~RM2,490) dan model 256GB mencapai sehingga US$699 (~RM2,905).

https://www.youtube.com/watch?v=8YiEmekf_34

Seperti biasa, produk Made by Google, Pixel 6 dan Pixel 6 Pro tidak memasuki di pasaran Malaysia secara rasminya.

Tinggalkan komentar