• Kedudukan bahagian pasaran baharu oleh Interact Analysis meletakkan Geek+ sebagai peneraju pasaran robot mudah alih no.1 bagi penyempurnaan pesanan dan penyedia AMR global no.1 untuk tahun kelima berturut-turut.
  • Kedudukan ini menggambarkan penerimagunaan sistem utama Geek+ iaitu sistem Rak-ke-Manusia secara meluas dalam industri, yang merupakan satu pilihan penyelesaian penyempurnaan pesanan yang mampu milik dan fleksibel.

ATLANTA, 5 Oktober 2023 /PRNewswire/ — Geek+, Peneraju global dalam robot mudah alih untuk logistik, telah disenaraikan oleh firma penyelidikan Interact Analysis sebagai peneraju pasaran global bagi robot penyempurnaan pesanan. Ramalan terbaharu industri oleh firma berpangkalan di Britain ini menggariskan penumbuhan berterusan industri robotik pergudangan, dan menonjolkan posisi peneraju Geek+ dalam kedua-dua kategori robot penyempurnaan pesanan dan Robot Mudah Alih Berautonomi. Dalam kategori penyempurnaan pesanan, bahagian pasaran Geek+ adalah lebih dari dua kali ganda berbanding syarikat yang berada pada kedudukan kedua dan ketiga.

Geek+ mendahului kedudukan bahagian pasaran untuk robot mudah alih bagi penyempurnaan pesanan di seluruh dunia

Yong Zheng, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Geek+ berkata: “kedudukan ini menunjukkan bahawa produk kami, yang diterajui oleh penyelesaian Rak-ke-Manusia, direka secara unik untuk disesuaikan dengan keperluan peruncit bagi pemenuhan pesanan yang fleksibel dan pantas di seluruh dunia. Pasukan kami membangunkan sistem yang direka untuk menyelesaikan cabaran kekurangan tenaga kerja dan keperluan pengeluaran yang pantas dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ia menemani perniagaan semasa ia berkembang, dan memerlukan pelaburan awal yang minimum. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, adalah jelas bahawa robot mudah alih dapat menawarkan alternatif terbaik untuk sistem automasi tradisional.”

Ash Sharma, Pengarah Urusan Interact Analysis berkata: “Penyelidikan kami menunjukkan peningkatan robot mudah alih yang berterusan, diteraju oleh permintaan untuk sistem yang fleksibel, efisyen dan boleh diskala yang mampu memenuhi cabaran baharu dalam industri seperti penghantaran pantas, peningkatan kos pergudangan, kekurangan tenaga kerja dan pengekalan pekerja. Geek+ telah mencapai pertumbuhan yang menakjubkan dalam tempoh beberapa tahun yang lepas dan terus berinovasi dengan penyelesaian logistiknya.

Geek+ telah mengerahkan lebih 30,000 robot mudah alih kepada lebih 700 pelanggan dalam industri peruncitan, pakaian, logistik pihak ketiga, farmaseutikal dan juga automotif. Ia mempunyai portfolio produk penyempurnaan pesanan paling meluas dalam industri, termasuk penyelesaian utama rak-ke-manusia, sistem penyimpanan ketinggian kotak-ke-manusia, sistem penyimpanan dan pemilihan palet hibrid serta sistem pengisihan robotiknya. Dengan rangkaian penuh sistem penyempurnaan pesanan, Geek+ dengan bangganya menawarkan penyelesaian robotik mudah alih yang canggih, cekap dan boleh dipercayai yang telah memenangi anugerah.

Tentang Geek+ 

Geek+ ialah peneraju global dalam penyelesaian robotik untuk bidang logistik. Kami membangunkan penyelesaian Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) untuk merealisasikan automasi yang fleksibel, boleh dipercayai dan amat cekap bagi pengurusan rantaian bekalan dan gudang. Geek+ dipercayai oleh lebih 700 peneraju industri global dan telah diiktiraf sebagai peneraju dunia dalam bidang robot mudah alih autonomi. Diasaskan pada tahun 2015, Geek+ mempunyai lebih 1,500 orang pekerja dan mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar China, Hong Kong SAR dan Singapura. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.geekplus.com/

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2221331/Geekplus_Shelf.jpg
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2014500/Geek_Logo.jpg

 

Geekplus Europe GmbH Logo

 

 

Tinggalkan komentar