Dari kamera berkualiti tinggi hinggalah paparan yang canggih, Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dilengkapkan dengan pelbagai inovasi peranti boleh lipat.
Namun, anda tidak perlu membuka lipatannya untuk mengetahui sebahagian fungsi baharunya yang hebat. Pelbagai inovasi menarik disediakan melalui paparan Cover Screen telefon boleh lipat Samsung ini.
Cover Screen Galaxy Z Flip 3 5G berukuran 1.9-inci ini didatangkan dengan pelbagai penambahbaikan yang memberikan anda kawalan sepenuhnya pada aplikasi dan fungsi kegemaran anda. Segalanya dapat dilakukan tanpa anda perlu membuka lipatan telefon anda.
Dari sokongan untuk widget baharu hinggalah ke menatal mesej-mesej yang anda terima. Anda akan dapati cara baru menggunakan telefon dengan lebih bergaya melalui Cover Screen ini.
Ubah Cover Screen anda sebagai dompet dengan Samsung Pay
Anda boleh membayar secangkir kopi anda dengan Galaxy Z Flip 3 5G anda melalui Samsung Pay dengan hanya menguis ibu jari anda pada Cover Screen.

Kuiskan ke atas Cover Screen anda untuk membuka Samsung Pay, kemudian ketik padanya untuk ke sistem pembayaran dan selesaikan transksi anda.
Memeriksa notifkasi anda dengan hanya sekilas pandang
Cover Screen Galaxy Z Flip 3 5G juga memudahkan anda menatal seluruh notifikasi anda dengan lebih pantas tanpa perlu membuka telefon.
Paparannya yang agak besar ini membolehkan anda membaca mesej berteks sehingga 4 baris. Anda juga boleh menatal sehingga 8 baris teks, justeru dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas maklumat yang diperlukan.
Kawal aplikasi kegemaran anda dari Cover Screen
Anda juga dapat lebih kawalan pada telefon pintar anda melalui widget pada Cover Screen untuk 8 aplikasi natif. Sama ada anda ingin menukar lagu pilihan anda, meninjau ramalan cuaca mahupun melihat jadual kerja harian anda, anda boleh melakukannya tanpa perlu membuka telefon anda.
Widget Buds Controller membolehkan anda mengubah antara mod Active Noise Cancelling, Ambient Sound dan juga mematikan mod-mod tersebut. Anda juga boleh mengubah tetapan pengaktifan kawalan Buds Touch.
Selain itu, anda juga boleh merakamkan suara anda secara terus melalui widget Voice Recorder jika anda memerlukannya. Lain-lain widget yang disediakan pada Cover Screen Galaxy Z Flip 3 5G ini termasuklah Music, Weather, Today’s Schedule, Next Alarm, Samsung Health dan Timer.
Segerakkan Muka Jam peranti anda dengan Gaya tersendiri
Anda juga boleh melakukan penyegerakkan Cover Screen Galaxy Z Flip 3 5G anda dengan Galaxy Watch4. Gaya yang sepadan antara kedua-dua peranti ini juga boleh disesuaikan dengan gaya pemakaian anda yang unik.
Ekspresikan diri anda terus dari Cover Screen
Pelbagai pilihan pengubahsuaian disediakan yang boleh anda teroka pada Cover Screen Galaxy Z Flip 3 5G bagi menyesuaikan mengikut kemahuan anda.
Anda boleh memilih sehingga 15 imej untuk dijadikan sebagai imej latar belakang sama ada format statik atau GIF. Segalanya boleh disesuaikan mengikut personaliti anda.
Rakamkan segenap memori anda dengan hanya sebelah tangan
Fungsi Quick SHot membolehkan anda mengambil imej swafoto dengan segera tanpa perlu membuka peranti. Sebaik fungsi Quick Shot ini dihidupkan, anda hanya perlu menguis anda mod foot dan video untuk berkongsikannya pada media sosial anda.
Melalui mod ini, anda dapat memanfaatkan fungsi kamera belakang yang menawarkan imej dan video yang berkualiti.
Sehingga 31 Oktober 2021, pembelian Galaxy Z Flip 3 5G akan berpeluang menerima e-baucar bernilai RM350 dan perlindungan selama setahun Samsung Care+ bernilai RM699.
Makklumat lanjut mengenai tawaran Galaxy Z Flip 3 5G ini, layari: http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-launch-2021/
Miliki Samsung Galaxy Z Flip 3 5G hari ini: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/













