Fungsi Game Mode diperkenalkalkan pertama kali melalui Creators Update pada tahun 2017. Pengenalannya bertujuan meningkatkan mutu penggunaan di dalam permainan video. Namun, perkembangan terbaru menunjukkan hal yang sebaliknya.
Kebanyakan pemain-pemain permainan PC mendapati apabila Game Mode dihidupkan, kebanyakan permainan mengalami masalah pada grafik seperti kadar bingkai yang rendah, tersentak-sentak dan menjadi kaku. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya bertentangan dengna matlamat asal kewujudannya.
Laman web Guru3D melaporkan masalah ini terjadi pada permainan-permainan seperti Call of Duty: Warzone dan League of Legends. Masalah pada Game Mode ini tidak mengira jenis kad grafik yang digunakan sama ada AMD mahupun Nvidia.
Antara kad-kad grafik yang terkesan dari Game Mode ini adalah AMD Radeon RX 5700 XT, RX 570, RX 480 dan R9 29. Manakala untuk Nvidia pula adalah sebahagiannya dari jenis GeForce GTX 980 and the GeForce GTX 1080 Ti.
Masalah ini bagaimanapun boleh diselesaikan dengan cara mematikan Game Mode.
Cara mematikan Game Mode di dalam Windows 10
Proses untuk mematikan Game Mode di dalam Windows 10 adalah agak mudah. Untuk melakukannya, buka Menu Start dan klik pada Settings (ikon berbentuk gear).
Pada tetingkap ini, pergi pada ‘Gaming’. Pilih ‘Game Mode’ dan tetapkan pada togol tetapan tersebut kepada ‘off’. Seterusnya, buka permainan yang anda dapati mengalami masalah sebelum ini untuk tujuan pengujian.
Masalah ini diharapkan dapat diambil maklum oleh pihak Microsoft supaya cara pembaikannya dapat disertakan melalui kemaskini yang akan datang. Kami akan menghubungi pihak Microsoft untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.













