Joint Photographic Experts Group telah memperkenalkan format baharu bagi imej yang dinamakan sebagai JPEG XL (*.jxl). Format ini diperkenalkan bagi menghasilkan imej dengan saiz fail yang kecil tanpa mengorbankan kualitinya.

Buat masa ini telah terdapat pelbagai format imej baharu yang menawarkan saiz fail yang kecil seperti HEIC dan WebP. Namun, fail-fail berkenaan mempunyai masalah kekurangan sokongan dari aplikasi-aplikasi suntingan imej popular masa kini.

Oleh itu, kewujudan format baharu imej ini mampu menyelesaikan masalah saiz fail imej yang terlalu besar pada imej-imej berkualiti tinggi.

Menurut Joint Photographic Experts Group, JPEG XL menyokong animasi, alpha channels, lapisan, gambar 360 darjah, mozek bersaiz besar, dan pengubahan format dari JPEG secara lossless. Selain itu, format ini juga mempunyai backward compatibilty dengan format JPEG, justeru memudahkan ia dibuka pada mana-mana peranti atau aplikasi tanpa sebarang masalah.

Dalam pada masa yang sama, pihak Joint Photographic Experts Group juga bersetuju untuk menjadikan format ini sebagai sumber terbuka dan percuma untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Tinggalkan komentar