Sebagaimana yang telah dijanjikan dua minggu sudah, kemaskini firmware terbaru router D-Link DIR-850L untuk pelanggan-pelanggan TM Unifi kini sudah sedia untuk dimuat turun. Sungguhpun TM masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal ini, kemaskini ini sudah pun boleh dimuat turun dari laman web rasmi D-Link Malaysia.
Tidak seperti kemaskini firmware yang disediakan untuk model biasa pada dua minggu lepas, kemaskini ini hanya memerlukan pengguna memasang satu firmware sahaja pada router D-Link DIR-850L ini. Langkah-langkah pemasangan firmware ini turut disediakan bersama gambarajah bagi memudahkan kefahaman pengguna mengenai cara-cara untuk memasangnya.
Secara amnya, kemaskini firmware ini direka khusus untuk mengatasi masalah kerentanan yang telah ditemukan oleh penyelidik keselamatan, Pierre Kim pada bulan lepas. Lain-lain penambahan pada kemaskini ini adalah perkataan @unifi pada SSID router.
Sumber berita diperoleh dari D-Link Malaysia,
Imej dari Lelong
[box type=”download” align=”” class=”” width=””]Muat turun Kemaskini Firmware D-Link DIR-850L (TM Unifi) di sini[/box]













