Permainan bola sepak berkomputer popular dunia FIFA 23 dari EA Sports telah berjaya membuat ramalan juara Piala Dunia dengan tepat untuk kali keempat. Bagaimanapun, ini mungkin ramalan terakhir yang dapat dilakukan memandangkan FIFA dan Eletronic Arts (EA) tidak lagi bekerjasama untuk edisi yang akan datang selepas 30 tahun bersama-sama.

8 November lalu, FIFA 23 meramalkan Argentina bakal menjulang kejuaraan Piala Dunia 2022. Sebelum ini FIFA pernah meramalkan dengan tepat sebanyak tiga kali pada 2010 (Sepanyol), 2014 (Jerman), dan 2018 (Perancis).

Menurut FIFA 23:

“We’ve used EA SPORTS FIFA 23 with groundbreaking HyperMotion2 Technology and the dedicated FIFA World Cup 2022 ratings in FIFA World Cup Kick-Off and Tournament modes to simulate all 64 matches and see who will come out on top come December,”

FIFA 23 Argentina World Cup 2022 QatarSungguhpun dapat meramalkan Argentina muncul juara, ramalan Brazil menjadi naib juara bagaimanapun tersasar memandangkan Perancis yang muncul di pentas akhir kejohanan. Malah, ramalan tersebut juga tidak menjangkakan Lionel Messi akan mendapat anugerah Kasut Emas. Sebaliknya meramalkan pemain dari Perancis, Kylian Mbappe yang mendapatkannya.

Ramalan Piala Dunia dari FIFA ini mungkin yang terakhir kerana EA Sports dan FIFA tidak lagi bekerjasama pada 2023. Edisi berikutnya yang dijangka akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun hadapan akan dikenali sebagai EA Sports FC dan tidak akan membawa sebarang jenama FIFA di dalam permainan tersebut.

 

Tinggalkan komentar