Facebook sebelum ini telah merancang untuk menggunakan dron dan satelit untuk memberikan akses kepada internet. Kini, terdapat satu lagi medium penghantaran Internet terbaru yang bakal digunakan oleh Facebook untuk menyediakan akses Internet secara percuma, LASER.

Itu merupakan sebahagian dari perancangan Mark Zuckerberg. Ketua Pengarah Eksekutif Facebook ini telah merangka penggunaan dron dan satelit untuk menghubungkan berbilion umat manusia ke Internet dan kini beliau telah mempelbagaikan cara penyambungan dengan menggunakan laser.

”Makmal Keterkaitan kami sedang membangunkan sistem komunikasi laser yang mampu memancarkan data dari angkasa raya kepada komuniti-komuniti (Our Connectivity Lab is developing a laser communications system that can beam data from the sky into communities),” ujar Mark Zukerberg dalam satu kenyataannya yang dikongsikan melalui akaun Facebook beliau. ”Penggunaan teknologi ini akan memberikan peningkatan kelajuan yang ketara bagi pemindahan data jarak jauh (This will dramatically increase the speed of sending data over long distances).”

Mark Zuckerberg turut berkongsikan foto-foto yang berkaitan dengan teknologi laser dari Facebook itu. ”Biasanya, korang tak boleh nampak pancaran laser tu, tapi untuk demonstrasi ni kami buatkannya boleh dilihat pada mata kasar (Normally you wouldn’t be able to see the actual beams, but for this demonstration we made them visible),” menurut beliau. ”Ini baru satu projek keterkaitan yang sedang kami usahakan, tapi saya berasa sangat teruja untuk berkongsikannya dengan korang semua (This is just one connectivity project we’re working on, but I was excited to share this with you),”Facebook Laser Beam

Projek keterkaitan ini diuruskan oleh Internet.org dan Makmal Keterkaitan Facebook. Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap insan di muka bumi ini akses ke Internet, baik penduduk di Silicon Valley hinggalah kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.

Sambungan ke kawasan pedalaman ini tentunya bakal berdepan dengan cabaran yang amat besar. Jangankan nak dapat Internet, elektrik pun susah nak dapat. Oleh itu, firma-firma teknologi seperti Facebook dan Google perlu kreatif untuk menyediakan kemudahan internet kepada penduduk-penduduk di kawasan ini.

Tahun lalu, Facebook telah mendapatkan khidmat sebuah pasukan yang berpangkalan di Ascenta, United Kingdom yang sebelum ini telah membangunkan versi awal Zephyr (sebuah pesawat tanpa juruterbang berkuasa solar yang mampu terbang untuk satu tempoh yang amat panjang). Pada persidangan pembangun-pembangun Facebook, f8 awal tahun ini, Mike Schroepfer, Ketua Pengarah Teknologi Facebook telah mengumumkan pesawat dron berkuasa solarnya yang pertama untuk digunakan memancarkan akses Internet kepada orang ramai.

Usaha memberikan akses Internet percuma kepada pengguna ini tidak terhad kepada Facebook sahaja. Google juga turut serta di dalam program seumpama ini. Google pada tahun lalu  telah membeli sebuah firma satelit dan turut mengadakan Project Loon yang menyediakan akses Internet kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman dengan menggunakan belon yang bersambungan dengan Internet.

1 komen

Tinggalkan komentar