Bagi anda yang mengalami masalah capaian ke perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp ketika ini, anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan dilaporkan sedang mengalami gangguan capaian di seluruh dunia.

Buat masa ini pengguna Facebook mungkin mendapati imej-imej tidak dapat dilihat atau tidak dapat dimuat naik. Masalah ini turut dialami pada kandungan-kandungan yang dimuat naik melalui Facebook Instant Articles.

Untuk pengguna WhatsApp pula, imej mungkin boleh dihantar oleh pengguna. Namun, ianya tidak dapat dimuat turun oleh si penerima. Setakat artikel ini ditulis, laman downdetector.com menerima banyak laporan gangguan capaian perkhidmatan Facebook, Facebook Messenger, Instagram dan WhatsApp di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Ini merupakan kali keempat gangguan capaian yang dialami oleh platform-platform media sosial di bawah kendalian Facebook sejak dari November 2018.

Sumber berita diperoleh dari The Sun

Tinggalkan komentar