Dunia menunggu hampir sedekad menunggu butang yang lain dari butang Like Facebook dan kini pengasasnya Mark Zuckerberg memaklumkan bahawa Facebook sedang berusaha membangunkan butang berkenaan.
“Saya rasa, lama dah orang tanya tentang butang dislike ni. Hari ini special sikit sebab hari ini saya boleh bagitau yang kami sedang mengusahakannya dan ia akan muncul tidak lama lagi (I think people have asked about the dislike button for many years. Today is a special day because today is the day I can say we’re working on it and shipping it),” ujar Mark Zuckerberg di dalam satu perjumpaan bersama majlis perbandaran.
Beliau menerangkan bahawa Facebook tidak akan membuat sistem seperti Reddit yang mempunyai sistem upvote dan downvote. Namun, secara asasnya ia berfungsi lebih kurang begitu cuma kerangkanya sahaja yang sangat berlainan.
“Apa yang pengguna mahukan adalah cara untuk meluahkan perasaan empati (What [users] really want is the ability to express empathy),” ujar CEO yang berusia 31 tahun ini dan beliau menambah, “Bukan setiap peristiwa yang berlaku adalah peristiwa yang baik (Not every moment is a good moment).”
Oleh itu, mungkin kejadian-kejadian janggal seperti tertekan butang Like pada peristiwa-peristiwa malang seperti berita yang melibatkan kemalangan atau kematian di media sosial ini dapat dikurangkan selepas ini dan ini merupakan langkah yang Facebook patut lakukan lama dahulu.
Sumber berita diperoleh dari Bussiness Insider














jgn ada yg gaduh gara2 tekan butang dislike tu sudah…