Facebook hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menyiapkan pesawat mereka sendiri yang dinamakan sebagai Aquila. Pesawat ini berperanan memberikan akses internet percuma sepanjang penerbangannya.

Pada ukuran lebar sayap yang hampir sama dengan Boeing 737, Aquila menggunakan bahan binaan yang ringan iaitu gentian karbon yang menjadikan beratnya kurang dari sebuah kereta. Ia dikuasakan dengan kuasa solar dan mampu melakukan penerbangan selama 90 hari.

Ia dikatakan mampu memancarkan isyarat sambungan ke internet pada altitud ketinggian di antara 60,000 kaki hingga 90,000 kaki. Ini bermakna pesawat ini terbang melebihi ketinggian yang digunakan oleh pesawat komersial dan bebas dari dari gangguan cuaca kerana terbang melebihi ketinggian awan.

Untuk navigasi, laser-laser yang terletak di daratan akan digunakan untuk menjejak kepala optikal Aquila sepanjang ia melakukan penerbangan. Menurut apa yang diterangkan oleh seorang jurutera di dalam video berikut, Aquila akan memancarkan sambungan internet pada kelajuan 10 gigabit per saat sebaik sahaja dapat menjejak lokasi laser tersebut dipancarkan.

I’m excited to announce we’ve completed construction of our first full scale aircraft, Aquila, as part of our Internet.org effort. Aquila is a solar powered unmanned plane that beams down internet connectivity from the sky. It has the wingspan of a Boeing 737, but weighs less than a car and can stay in the air for months at a time. We’ve also made a breakthrough in laser communications technology. We’ve successfully tested a new laser that can transmit data at 10 gigabits per second. That’s ten times faster than any previous system, and it can accurately connect with a point the size of a dime from more than 10 miles away.This effort is important because 10% of the world’s population lives in areas without existing internet infrastructure. To affordably connect everyone, we need to build completely new technologies. Using aircraft to connect communities using lasers might seem like science fiction. But science fiction is often just science before its time. Over the coming months, we will test these systems in the real world and continue refining them so we can turn their promise into reality. Here’s a video showing the building of Aquila.

Posted by Mark Zuckerberg on Thursday, July 30, 2015

Aquila merupakan sebahagian daripada projek Internet.org Facebook yang memberikan akses Internet percuma ke negara-negara kurang membangun. Facebook akan menguji penerbangan dan operasi pesawat internet ini dalam beberapa bulan yang terdekat ini.

Selain dari Facebook, Google juga melakukan perkara yang hampir serupa dalam memberikan akses internet percuma ke kawasan-kawasan tertentu di seluruh dunia. Bezanya, Google tidak menggunakan pesawat penerbangan, sebaliknya mereka menggunakan belon udara panas untuk projek yang dikenali sebagai Google Loon.

Sumber berita diperoleh dari Facebook

3 KOMEN

Tinggalkan komentar